-
1 Tawarikh 16:41, 42Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Mereka disertai Heman, Yedutun,+ dan orang lain yang telah dipilih untuk mengucapkan syukur kepada Yehuwa,+ kerana “kasih setia-Nya kekal abadi.”+ 42 Heman+ dan Yedutun ditugaskan untuk memainkan trompet, simbal, dan alat-alat muzik yang lain untuk memuji Tuhan yang benar. Anak-anak lelaki Yedutun+ yang lain pula ditugaskan untuk menjaga pintu gerbang.
-
-
2 Tawarikh 35:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Para penyanyi, iaitu keturunan Asaf,+ bertugas di tempat masing-masing, seperti yang telah diperintahkan oleh Daud,+ Asaf,+ Heman, dan Yedutun,+ iaitu nabi yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan kepada raja. Para penjaga pintu pula mengawal di pintu-pintu gerbang.+ Mereka tidak perlu meninggalkan tugas mereka kerana saudara mereka, iaitu orang Lewi, telah membuat persediaan untuk mereka.
-