-
Ezra 7:21-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 “Beta, Raja Artahsasta, telah memerintahkan supaya segala permintaan Ezra,+ iaitu imam dan jurutulis* Hukum Tuhan yang berkuasa atas syurga, dipenuhi dengan segera oleh semua bendahara di wilayah seberang Sungai Efrat.* 22 Jumlah yang boleh diberikan kepada Ezra boleh sampai sebanyak ini: 3,420 kilogram* perak, 100 buah bekas* gandum, 2,200 liter* wain,+ 2,200 liter minyak,+ dan garam+ seberapa banyak yang diperlukan. 23 Laksanakanlah segala perintah Tuhan yang berkuasa atas syurga bagi Rumah-Nya dengan bersemangat, supaya Tuhan yang berkuasa atas syurga+ tidak murka terhadap rakyat beta ataupun anak-anak beta.+ 24 Kamu tidak boleh memungut cukai*+ daripada para imam dan orang Lewi, pemuzik,+ penjaga pintu gerbang, hamba-hamba Rumah Tuhan,+ dan para pekerja yang lain di rumah itu.
-