-
Ezra 3:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Yeshua+ anak Yehozadak dan imam-imam yang lain berserta Zerubabel+ anak Sealtiel+ dan saudara-saudaranya mula bekerja untuk membina semula mazbah Tuhan orang Israel. Dengan demikian, mereka dapat mempersembahkan korban bakar di atas mazbah itu, selaras dengan Hukum yang disampaikan oleh Musa,+ hamba Tuhan yang benar.
-
-
Ezra 3:8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Pada tahun kedua bulan kedua setelah orang Israel kembali ke Yerusalem, mereka mula membina semula rumah Tuhan yang benar. Zerubabel anak Sealtiel, Yeshua anak Yehozadak, dan saudara-saudara mereka yang lain, iaitu para imam dan orang Lewi, serta semua orang yang pulang ke Yerusalem daripada pembuangan+ memulakan kerja pembinaan itu. Mereka melantik orang Lewi yang berusia 20 tahun dan ke atas untuk menyelia kerja pembinaan Rumah Yehuwa.
-