-
Nehemia 10:35-37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 Setiap tahun, kami membawa hasil tuaian pertama dari ladang kami, dan hasil pertama daripada setiap jenis pokok buah-buahan ke Rumah Yehuwa.+ 36 Kami juga membawa anak lelaki sulung kami dan anak jantan sulung daripada ternakan kami,+ iaitu lembu, biri-biri, dan kambing, ke Rumah Tuhan kami, menurut apa yang tercatat dalam Hukum, lalu memberikannya kepada para imam yang berkhidmat di situ.+ 37 Selain itu, kami memberikan hasil tuaian pertama daripada bijirin kami,+ hasil daripada setiap jenis pokok,+ wain baharu, dan minyak,+ serta sumbangan yang lain kepada para imam yang bertugas di bilik-bilik stor* Rumah Tuhan.+ Kami juga memberikan satu persepuluh daripada hasil ladang kami kepada orang Lewi+ kerana merekalah yang mengumpulkan hasil itu dari kota-kota pertanian kami.
-