-
Nehemia 10:37, 38Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Selain itu, kami memberikan hasil tuaian pertama daripada bijirin kami,+ hasil daripada setiap jenis pokok,+ wain baharu, dan minyak,+ serta sumbangan yang lain kepada para imam yang bertugas di bilik-bilik stor* Rumah Tuhan.+ Kami juga memberikan satu persepuluh daripada hasil ladang kami kepada orang Lewi+ kerana merekalah yang mengumpulkan hasil itu dari kota-kota pertanian kami.
38 Seorang imam daripada keturunan Harun harus ada bersama-sama orang Lewi ketika mereka mengumpulkan satu persepuluh hasil itu. Selepas itu, orang Lewi harus mengambil satu persepuluh daripada hasil yang telah dikumpulkan itu dan menyimpannya di dalam bilik-bilik* di stor Rumah Tuhan.+
-