-
Nehemia 6:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Sanbalat, Tobia,+ dan Gesyem, seorang lelaki Arab,+ serta musuh-musuh kami yang lain mendapat berita bahawa aku telah membina semula tembok Yerusalem+ dan menutup semua lubang di tembok itu. (Pada masa itu, aku belum memasangkan daun pintu pada pintu-pintu gerbang.)+ 2 Maka Sanbalat dan Gesyem mengirim pesanan berikut kepadaku dengan segera: “Marilah kita buat temu janji untuk berjumpa di perkampungan yang terletak di Dataran Ono.”+ Namun aku tahu bahawa mereka merancang untuk mencelakakan aku.
-