-
Ulangan 23:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Orang Ammon dan orang Moab tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa.+ Semua keturunan mereka, bahkan sampai generasi yang ke-10, tidak boleh menjadi sebahagian daripada sidang Yehuwa. 4 Hal ini demikian kerana mereka tidak membantu kamu dengan memberikan makanan dan minuman semasa kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir,+ dan kerana mereka mengupah Bileam anak Beor, dari Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.+
-
-
Ezra 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Selepas semua ini dilaksanakan, para pemimpin datang kepada aku dan berkata, “Orang Israel, para imam, dan orang Lewi tidak memisahkan diri mereka daripada bangsa yang tinggal di negeri-negeri di sekeliling kita,+ iaitu bangsa Kanaan, Het, Feris, Yebus, Ammon, Moab, Mesir,+ dan Amori.+ Mereka juga melakukan perbuatan jijik bangsa-bangsa itu. 2 Selain itu, mereka dan anak-anak lelaki mereka berkahwin dengan anak perempuan bangsa-bangsa itu,+ sehingga mereka, iaitu keturunan yang suci,+ bercampur dengan bangsa-bangsa itu.+ Malahan para pemimpin dan pembesar merekalah yang mula-mula sekali melakukan perbuatan yang tidak setia ini.”
-
-
Ezra 10:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Imam Ezra berdiri lalu berkata kepada mereka, “Kamu tidak setia kerana kamu telah berkahwin dengan wanita-wanita asing.+ Perbuatan kamu ini telah menambah dosa Israel.
-