-
1 Raja-Raja 11:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing.+ Selain puteri Firaun,+ dia juga mencintai wanita bangsa Moab,+ Ammon,+ Edom, Sidon,+ dan Het.+ 2 Berkenaan bangsa-bangsa itu, Yehuwa pernah berfirman kepada orang Israel, “Kamu tidak boleh berkahwin dengan mereka, dan mereka juga tidak boleh berkahwin dengan kamu, kerana mereka pasti akan mempengaruhi kamu untuk menyembah tuhan-tuhan mereka.”+ Tetapi Salomo akrab dengan mereka dan amat mencintai mereka.* 3 Dia berkahwin dengan 700 orang puteri dan mempunyai 300 orang gundik. Mereka beransur-ansur mempengaruhinya untuk menyembah tuhan-tuhan lain. 4 Ketika Salomo sudah tua,+ isteri-isterinya mempengaruhinya untuk menyembah tuhan-tuhan lain.+ Dia tidak seperti bapanya Daud, yang menyembah Yehuwa, Tuhannya dengan sepenuh hati. 5 Salomo menyembah Asytoret,+ iaitu dewi orang Sidon, dan Milkom,+ iaitu dewa menjijikkan yang dipuja orang Ammon.
-