-
Ester 4:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Apabila Mordekhai+ mengetahui segala yang telah berlaku,+ dia mengoyakkan jubahnya lalu mengenakan kain guni dan menaburkan abu* di atas kepalanya. Kemudian dia berjalan-jalan di tengah kota sambil menangis dengan kuat dan pilu. 2 Tetapi dia hanya berjalan sampai ke pintu gerbang istana raja kerana tiada sesiapa pun yang mengenakan kain guni dibenarkan untuk masuk melalui pintu itu. 3 Di setiap wilayah,+ di mana sahaja perintah raja disampaikan, orang Yahudi mula berkabung. Mereka berpuasa,+ menangis, dan meraung-raung. Ramai yang mengenakan kain guni sambil berbaring di atas abu.+
-