PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ayub 7:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Hidupku berlalu dengan cepat sekali,+

      Dan berakhir begitu sahaja tanpa harapan.+

  • Ayub 14:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 “Kehidupan manusia singkat+

      Dan penuh dengan kesusahan.+

       2 Manusia bagaikan bunga yang tumbuh lalu menjadi layu;*+

      Manusia bagaikan bayang-bayang yang menghilang dengan begitu cepat.+

  • Mazmur 39:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Sesungguhnya, kehidupan yang Engkau berikan kepadaku singkat sahaja;+

      Berbanding dengan-Mu, jangka hayatku begitu pendek.+

      Walaupun manusia nampaknya kuat, kehidupan mereka hanyalah seperti sehembus nafas.+ (Selah)

       6 Hidup manusia berlalu seperti bayang-bayang;

      Segala yang diusahakan mereka sia-sia sahaja;

      Mereka sibuk menimbunkan kekayaan, tetapi tidak tahu siapa yang akan mewarisinya.+

  • Mazmur 103:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Jangka hayat manusia seperti rumput;+

      Dia mekar seperti bunga di padang.+

      16 Tetapi apabila angin bertiup, bunga itu tidak ada lagi,

      Seolah-olah bunga itu tidak pernah wujud.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi