-
Keluaran 22:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 “Jika kamu mengambil jubah orang lain sebagai jaminan hutangnya,+ kamu mesti mengembalikan jubah itu sebelum matahari terbenam. 27 Hal ini demikian kerana jubah itu sahajalah penutup tubuhnya. Jika dia tidak mempunyai jubah, apakah yang akan digunakannya semasa dia tidur?+ Apabila dia berseru kepada-Ku, Aku pasti akan mendengarkan seruannya, kerana Aku berbelas kasihan.+
-
-
Ulangan 24:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Kamu harus kembalikan jubah itu kepadanya sebaik sahaja matahari terbenam supaya dia dapat memakainya untuk tidur.+ Dengan itu, dia akan meminta Tuhan untuk memberkati kamu, dan Yehuwa akan berkenan kepada kamu.
-