-
Bilangan 11:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Kemudian Musa berkata kepada Yehuwa, “Mengapa Engkau membiarkan aku menderita? Adakah Engkau tidak berkenan kepadaku sehingga Engkau membebani aku dengan tanggungjawab atas semua orang ini?+
-
-
Bilangan 11:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Jika beginilah cara Engkau memperlakukan aku, lebih baik Engkau membunuh aku sekarang juga.+ Tetapi jika Engkau berkenan kepadaku, janganlah biarkan aku menanggung penderitaan ini lagi.”
-
-
1 Raja-Raja 19:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Elia menjadi takut lalu melarikan diri kerana dia tidak mahu dibunuh.+ Apabila dia sampai di Beer-syeba,+ di daerah Yehuda,+ dia meninggalkan hambanya di situ. 4 Dia berjalan di padang belantara selama sehari suntuk lalu sampai di bawah sebatang pokok renek. Dia duduk di situ dan berdoa memohon agar dia mati. Dia berkata, “Cukuplah, ya Yehuwa. Ambillah nyawaku+ kerana aku sama sahaja dengan nenek moyang aku.”
-
-
Yunus 4:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Kemudian dia berdoa kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, semasa aku berada di negeriku, bukankah aku sudah berkata bahawa hal ini pasti akan berlaku? Sesungguhnya, aku tahu bahawa Engkau Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. Engkau tidak cepat murka dan penuh dengan kasih setia.+ Engkau juga bersedia untuk mengubah fikiran dan tidak menjatuhkan hukuman. Itulah sebabnya aku berusaha melarikan diri ke Tarsis.+ 3 Sekarang, ya Yehuwa, ambillah nyawaku kerana lebih baik aku mati daripada hidup.”+
-