PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 20:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 “Jangan menggunakan nama-Ku, iaitu Yehuwa, secara sembarangan+ kerana Aku, Yehuwa, akan menghukum sesiapa yang menyalahgunakan nama-Ku.+

  • Ayub 4:18-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Lihatlah! Tuhan tidak mempercayai hamba-hamba-Nya,

      Dan Dia bahkan mencari kesalahan para malaikat-Nya,

      19 Apatah lagi dengan manusia berdosa yang bagaikan rumah tanah liat,

      Yang dibina di atas debu,+

      Dan yang mudah dihancurkan seperti rama-rama.

      20 Manusia hidup pada waktu pagi dan diremukkan pada waktu petang;

      Mereka lenyap buat selama-lamanya tanpa disedari sesiapa pun.

  • Ayub 22:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 “Dapatkah manusia membawa manfaat kepada Tuhan?

      Adakah orang yang berpengertian berguna bagi-Nya?+

       3 Adakah Tuhan peduli jika kamu berbuat benar?

      Apakah faedahnya bagi Yang Maha Kuasa jika kamu hidup setia?+

  • Ayub 25:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Bagi Tuhan, bahkan bulan pun tidak terang,

      Dan bintang-bintang juga kelihatan suram.

       6 Apalagi manusia fana yang hanyalah seperti ulat.

      Ya, manusia hanyalah seperti cacing dalam pandangan-Nya!”

  • Ayub 42:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Sekarang bawalah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor bebiri jantan kepada hamba-Ku Ayub, lalu persembahkanlah korban bakar bagi dosa kamu sendiri. Kemudian hamba-Ku Ayub akan berdoa bagi pihak kamu,+ dan Aku pasti akan mendengarkan permohonannya. Dengan demikian, meskipun kamu tidak mengatakan apa yang benar tentang Aku, seperti yang dilakukan oleh hamba-Ku Ayub, Aku tidak akan menghukum kamu atas kebodohan kamu itu.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi