-
2 Raja-Raja 22:18, 19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Tetapi beritahulah raja Yehuda yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk daripada Yehuwa, “Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: ‘Engkau telah mendengar kata-kata dalam kitab itu. 19 Aku telah berfirman bahawa penduduk tempat ini akan dikutuk dan orang yang nampak mereka akan berasa takut. Tetapi setelah mendengar firman-Ku berkenaan tempat ini dan penduduknya, engkau bertaubat* dan merendahkan diri+ di hadapan Yehuwa, serta mengoyakkan jubahmu+ dan menangis di hadapan-Ku. Oleh itu, Aku akan mendengar doamu, firman Yehuwa.
-
-
Lukas 15:22-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Tetapi bapanya berkata kepada hamba-hambanya, ‘Cepat! Bawalah jubah yang terbaik dan kenakanlah jubah itu padanya. Pakaikan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya. 23 Bawa dan sembelihlah anak lembu yang gemuk dan marilah kita makan dan berpesta, 24 kerana anakku ini mati tetapi dia telah hidup semula,+ dan dia hilang tetapi sudah ditemui.’ Maka mereka mula bersukacita.
-
-
Lukas 18:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri dari jauh dan bahkan tidak berani menengadah ke langit. Dia terus memukul dadanya sambil berkata, ‘Ya Tuhan, kasihanilah aku, kerana aku orang yang berdosa.’+ 14 Aku berkata kepada kamu: Semasa orang ini pulang, di mata Tuhan dia lebih baik daripada orang Farisi itu,+ kerana sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”+
-