PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 4:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Setelah itu, Yehuwa berfirman kepada Kain, “Di manakah Habel, adikmu?” Dia menjawab, “Aku tidak tahu. Aku bukan penjaganya.” 10 Maka Tuhan berfirman kepadanya, “Apakah yang sudah engkau lakukan? Dengarlah! Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah seperti suara yang berseru meminta keadilan.+

  • Kejadian 9:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Selain itu, Aku akan menuntut pembalasan bagi darahmu. Jika seekor binatang membunuhmu, binatang itu haruslah mati. Jika seseorang membunuhmu, Aku akan menuntut nyawa orang itu.+

  • Ulangan 32:43
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Hai bangsa-bangsa, bersukacitalah bersama umat Tuhan,+

      Kerana Dia akan menuntut pembalasan bagi para hamba-Nya,+

      Dia akan membalas kejahatan semua musuh-Nya,+

      Dan Dia juga akan menyucikan tanah umat-Nya.”

  • 2 Raja-Raja 9:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Yehu mengambil busurnya lalu memanah Yehoram. Anak panah itu terkena Yehoram di antara bahunya sehingga menembusi jantungnya, lalu dia rebah di dalam kereta kudanya.

  • 2 Raja-Raja 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 ‘Yehuwa berfirman, “Kelmarin Aku nampak darah Nabot+ dan darah keturunannya.” Yehuwa juga berfirman, “Aku akan membalas perbuatanmu+ di tanah ini.”’ Sekarang, angkatlah mayat Yehoram dan buangkannya ke tanah itu kerana hal ini telah difirmankan oleh Yehuwa.”+

  • 2 Raja-Raja 24:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Sememangnya, semua kejadian ini berlaku atas perintah Yehuwa untuk menyingkirkan Yehuda dari pandangan-Nya,+ kerana semua dosa yang telah dilakukan oleh Manasye.+ 4 Manasye telah menumpahkan darah orang yang tidak bersalah+ sehingga darah mereka memenuhi seluruh Yerusalem, dan Yehuwa tidak mahu memberikan pengampunan.+

  • Lukas 11:49-51
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 49 Itulah sebabnya Tuhan juga berfirman dengan bijaksana, ‘Aku akan mengutus nabi dan rasul kepada mereka, tetapi ada yang akan dibunuh dan ada yang akan dianiaya oleh mereka. 50 Dengan demikian, generasi ini akan bertanggungjawab atas penumpahan darah semua nabi yang dibunuh sejak dunia diasaskan,*+ 51 daripada darah Habel+ sehingga darah Zakharia, yang dibunuh di antara mazbah dan Rumah Tuhan.’+ Aku berkata kepada kamu: Generasi ini akan dihukum kerana penumpahan darah itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi