-
Yosua 13:29-31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Musa juga memberikan tanah kepada keluarga-keluarga daripada setengah suku Manasye sebagai warisan mereka.+ Setengah daripada suku Manasye diberi 30 kawasan yang bermula dari Mahanaim,+ seluruh Basan, iaitu seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, dan semua pekan kecil Yair+ di Basan, termasuk 60 buah pekan. 31 Kawasan mereka juga meliputi setengah daripada daerah Gilead, termasuk Asytarot dan Edrei,+ iaitu dua buah kota kerajaan Raja Og di Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir+ anak Manasye.
-