PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 6:10-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Yehuwa, Tuhan kamu, telah berjanji kepada nenek moyang kamu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub, untuk memberi dan membawa kamu ke tanah itu+ yang mempunyai banyak kota yang besar dan cantik, yang tidak kamu bina.+ 11 Rumah-rumah di sana penuh dengan barang-barang yang baik, yang tidak kamu peroleh dengan usaha sendiri. Di sana juga terdapat perigi-perigi yang tidak kamu gali, dan ladang-ladang anggur serta ladang-ladang zaitun yang tidak kamu usahakan. Kamu akan mempunyai makanan yang begitu banyak sehingga kamu berasa puas sekali.+ 12 Pada masa itu, berhatilah-hatilah agar kamu tidak lupa akan Yehuwa,+ Tuhan yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.

  • Ayub 31:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Aku tidak pernah bergantung pada emas,

      Dan aku tidak pernah menganggap emas tulen sebagai penyelamatku.+

  • Ayub 31:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Jika aku melakukan kesalahan sebegitu, aku memang patut dihukum,

      Kerana aku telah menolak Tuhan yang benar.

  • Amsal 11:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Kekayaan tidak berguna pada hari kemurkaan,+

      Tetapi perbuatan baik dapat menyelamatkan orang daripada kematian.+

  • Amsal 11:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Orang yang bergantung pada kekayaannya akan jatuh,+

      Tetapi orang baik akan menjadi makmur seperti dedaun yang subur.+

  • Amsal 23:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Jangan berjerih lelah untuk mendapatkan kekayaan.+

      Berhentilah berbuat demikian dan tunjukkanlah pengertian.*

       5 Kekayaan itu boleh hilang dalam sekelip mata,+

      Seolah-olah kekayaan itu bersayap dan terbang ke langit seperti burung helang.+

  • Matius 6:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Matius 6:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Markus 8:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Sesungguhnya, apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia tetapi kehilangan nyawanya?+

  • Lukas 12:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1 Timotius 6:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Berikanlah perintah kepada mereka yang kaya dalam sistem dunia ini* supaya jangan bersikap angkuh dan jangan berharap kepada kekayaan yang tidak tetap.+ Sebaliknya hendaklah mereka berharap kepada Tuhan yang melimpahi kita dengan semua perkara yang kita nikmati.+

  • 1 Yohanes 2:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi