-
Yosua 3:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Masa itu ialah musim menuai, dan sepanjang waktu itu, paras air Sungai Yordan akan naik dan membanjiri kawasan tebing sungai.+ Tetapi sebaik sahaja para imam yang membawa tabut perjanjian tiba di Sungai Yordan dan memasukkan kaki mereka ke dalam air di tebing sungai, 16 air yang mengalir dari hulu sungai pun berhenti. Jauh di hulu sungai, sebuah benteng air terbentuk di Adam, iaitu sebuah kota berhampiran Zaretan. Pada masa yang sama, air di hilir yang mengalir ke Laut Araba, iaitu Laut Mati, semakin surut. Setelah air sungai dihentikan, umat Israel menyeberangi sungai di tempat yang berhadapan dengan kota Yerikho.
-