-
1 Raja-Raja 19:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Elia menjawab, “Ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga,+ aku telah menyembah-Mu dengan penuh semangat. Tetapi umat Israel telah melanggar perjanjian-Mu.+ Mereka merobohkan mazbah-Mu dan membunuh nabi-nabi-Mu dengan pedang.+ Aku seorang sahaja yang tertinggal. Kini mereka mencari aku kerana ingin membunuh aku.”+
-
-
Mazmur 119:139Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
139 Semangatku berkobar-kobar dalam hatiku,+
Kerana musuh-musuhku melupakan firman-Mu.
-
-
Matius 21:12, 13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan dan mengusir semua orang yang berjual beli di sana. Dia menterbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati.+ 13 Dia berkata kepada mereka, “Ada tertulis, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa,’+ tetapi kamu menjadikannya sarang perompak.”+
-
-
Markus 11:15-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Selepas mereka tiba di Yerusalem, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan dan mula mengusir semua orang yang berjual beli di sana. Dia menterbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati.+ 16 Dia tidak membenarkan sesiapa pun membawa apa-apa melalui Rumah Tuhan. 17 Dia juga mengajar orang dengan berkata, “Bukankah ada tertulis, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa bagi semua bangsa’?+ Tetapi kamu telah menjadikannya sarang perompak.”+
-
-
Yohanes 2:13-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Memandangkan Perayaan Paska*+ orang Yahudi sudah dekat, Yesus pergi ke Yerusalem. 14 Di dalam Rumah Tuhan, dia melihat orang menjual lembu, biri-biri, dan burung merpati.+ Para penukar wang juga duduk di situ. 15 Selepas dia membuat cemeti daripada tali, dia mengusir semua orang yang menjual biri-biri dan lembu keluar dari Rumah Tuhan. Dia juga menghamburkan duit syiling para penukar wang dan menterbalikkan meja-meja mereka.+ 16 Dia berkata kepada para penjual burung merpati, “Bawa keluar semua benda ini! Jangan lagi jadikan Rumah Bapaku tempat berniaga!”+ 17 Semasa melihat semua ini, murid-muridnya teringat bahawa ada tertulis, “Semangatku untuk Rumah-Mu akan berkobar-kobar seperti api.”+
-