PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ayub 21:19, 20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Tuhan pasti akan menghukum orang jahat dan anak-anak mereka juga akan merasai akibatnya.

      Dengan itu mereka akan sedar bahawa Tuhan sedang menghukum mereka.+

      20 Namun biarlah mereka sendiri minum daripada cawan kemurkaan Tuhan Yang Maha Kuasa.

      Ya, biarlah mereka sendiri merasai betapa dahsyatnya malapetaka yang menimpa mereka,+

  • Yeremia 25:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel, kepadaku: “Ambillah cawan yang berisi wain kemurkaan-Ku, lalu pergilah ke mana sahaja Aku mengutus engkau, dan suruhlah bangsa-bangsa di situ untuk minum dari cawan ini.

  • Yeremia 25:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Jika mereka tidak mahu mengambil cawan itu dari tanganmu dan meminumnya, katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Kamu mesti minum!

  • Yeremia 49:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Inilah firman Yehuwa: “Sedangkan orang yang tidak patut minum dari cawan kemurkaan-Ku pun terpaksa minum dari cawan itu, apatah lagi engkau? Engkau tidak akan terlepas daripada hukuman dan engkau pasti akan minum dari cawan itu.”+

  • Wahyu 14:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Selepas itu, malaikat yang ketiga menyusul sambil berseru dengan suara yang lantang, “Sesiapa yang menyembah binatang buas+ dan patungnya, dan menerima tanda pada dahi atau tangannya,+ 10 juga akan minum wain kemurkaan Tuhan. Wain itu tidak dicampurkan dengan air dan akan dituangkan ke dalam cawan kemurkaan-Nya.+ Orang itu akan diseksa dengan api dan belerang+ di hadapan para malaikat suci dan Anak Bebiri.

  • Wahyu 16:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Kota besar itu+ terbelah menjadi tiga bahagian, dan kota-kota bangsa lain dibinasakan. Tuhan ingat akan Babilon Besar,+ lalu Dia memberinya cawan yang berisi wain kemurkaan-Nya yang besar.+

  • Wahyu 18:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Perlakukanlah dia sebagaimana dia telah memperlakukan orang lain.+ Balaslah dia dua kali ganda bagi hal-hal yang telah dilakukannya.+ Isikanlah cawannya+ dengan minuman yang dua kali lebih banyak daripada minuman yang disediakannya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi