-
2 Tawarikh 13:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 “Adakah kamu fikir bahawa kamu dapat melawan kerajaan Yehuwa yang telah diberikan kepada keturunan Daud? Janganlah berfikir bahawa kamu akan berjaya kerana bilanganmu banyak, atau kerana kamu memiliki patung anak lembu emas yang dibuat oleh Yerobeam untuk dijadikan sebagai tuhan kamu.+ 9 Kamu telah menghalau imam-imam Yehuwa,+ iaitu keturunan Harun dan orang Lewi. Kemudian kamu melantik imam sendiri seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa negeri lain.+ Kamu menerima sesiapa sahaja yang datang dengan membawa seekor anak lembu jantan dan tujuh ekor biri-biri jantan, dan melantik mereka menjadi imam untuk sesuatu yang bukannya Tuhan.
-
-
Nehemia 9:26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+
-