-
Bilangan 11:31-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Kemudian Yehuwa menyebabkan angin kencang bertiup dari laut. Angin itu membawa burung-burung puyuh ke kawasan perkhemahan.+ Burung-burung itu bertimbun-timbun di sekeliling perkhemahan sehingga hampir satu meter* tingginya.* Jika orang keluar dari perkhemahan dan membuat perjalanan selama sehari pun, mereka masih dapat menjumpai burung puyuh. 32 Maka sepanjang hari dan sepanjang malam itu serta sepanjang hari berikutnya, orang Israel terus menangkap burung puyuh. Jumlah burung puyuh yang ditangkap setiap orang sekurang-kurangnya dapat mengisi 10 bekas besar,* dan mereka menjemur burung-burung itu di sekeliling perkhemahan. 33 Namun sementara mereka masih makan daging burung puyuh, Yehuwa mendatangkan wabak yang menyebabkan banyak orang mati,+ kerana Yehuwa sangat murka terhadap mereka.
34 Maka mereka menamakan tempat itu Kibrot-hataawa,*+ kerana di situlah mereka menguburkan semua orang yang tamak dan rakus.+
-