PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 4:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Atau pernahkah Tuhan membawa keluar sebuah bangsa daripada bangsa lain seperti yang dilakukan-Nya terhadap kamu di Mesir? Tuhan telah mendatangkan peperangan+ dan melakukan banyak tanda, mukjizat,+ dan perbuatan yang dahsyat,+ di depan mata kamu sendiri. Ya, Yehuwa, Tuhan kamu, telah menghulurkan tangan-Nya yang kuat dan perkasa+ demi kamu.

  • Nehemia 9:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Kemudian Engkau memberikan tanda dan melakukan mukjizat untuk menghukum Firaun,* semua pegawainya, dan semua rakyat di negerinya,+ kerana mereka telah menindas* umat-Mu.+ Dengan demikian, Engkau telah membuat nama-Mu masyhur sehingga hari ini.+

  • Mazmur 105:27-36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Mereka melakukan tanda-tanda ajaib di hadapan musuh;

      Mereka melakukan mukjizat-Nya di tanah Ham.+

      28 Dia mengutus kegelapan lalu tanah itu menjadi gelap;+

      Mereka tidak mengingkari perintah-Nya.

      29 Dia mengubah air di Mesir menjadi darah,

      Dan membunuh ikan mereka.+

      30 Seluruh negeri mereka dipenuhi katak,+

      Bahkan sampai ke bilik-bilik raja.

      31 Dia menyuruh lalat besar* untuk menyerang mereka,

      Dan agas untuk memenuhi seluruh negeri mereka.+

      32 Dia menurunkan hujan batu,

      Dan mendatangkan kilat* ke tanah mereka.+

      33 Dia memusnahkan pokok anggur dan pokok ara mereka,

      Dan menumbangkan pokok-pokok di tanah mereka.

      34 Dia menyuruh belalang juta menyerang mereka,

      Ya, belalang-belalang muda yang tidak terhitung banyaknya menyerang mereka.+

      35 Belalang-belalang itu memakan semua tumbuhan di tanah mereka,

      Dan melahap semua hasil tanah mereka.

      36 Kemudian Dia membunuh setiap anak lelaki sulung di negeri mereka,+

      Iaitu semua anak pertama yang telah dilahirkan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi