PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 7:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Orang Kanaan dan semua penduduk di negeri ini akan mendengar tentang hal itu. Mereka akan mengepung kami dan melenyapkan nama kami dari muka bumi. Ketika itu, bagaimanakah Engkau akan mempertahankan nama-Mu yang agung?”+

  • 1 Samuel 12:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Yehuwa sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.+ Maka Yehuwa tidak akan meninggalkan umat-Nya+ demi nama-Nya yang agung.+

  • 2 Tawarikh 14:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Asa berseru kepada Yehuwa, Tuhannya,+ “Ya Yehuwa, Engkau dapat menolong sesiapa pun, tidak kira sama ada bilangan mereka banyak atau sedikit, atau sama ada mereka kuat atau lemah.+ Ya Yehuwa, Tuhan kami, bantulah kami kerana kami bergantung pada-Mu.+ Demi nama-Mu, kami datang menentang angkatan tentera yang besar ini.+ Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhan kami. Janganlah biarkan manusia yang fana mengalahkan-Mu.”+

  • Mazmur 115:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 115 Bukan kami, ya Yehuwa, bukan kami,

      Tetapi nama-Mu sahajalah yang harus dimuliakan,+

      Kerana kasih-Mu* dan kerana kesetiaan-Mu.+

       2 Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,

      “Di manakah Tuhan mereka?”+

  • Yesaya 48:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  9 Tetapi Aku menahan kemurkaan-Ku demi nama-Ku;+

      Aku menahan kemarahan-Ku terhadap kamu supaya Aku dipuji.

      Aku tidak membinasakan kamu.+

  • Yeremia 14:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Walaupun dosa kami membuktikan bahawa kami bersalah,

      Tolonglah kami demi nama-Mu, ya Yehuwa.+

      Kami selalu tidak setia,+

      Dan kami telah berdosa terhadap-Mu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi