-
Ulangan 1:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 “Pada masa itu, aku telah memberikan perintah ini kepada para hakim kamu: ‘Jika ada pertikaian yang timbul, baik antara saudara-saudara kamu sendiri mahupun antara saudara kamu dengan orang asing+ yang tinggal dalam kalangan kamu, kamu mesti menghakimi perkara itu dengan adil.+ 17 Tidak kira seseorang berkedudukan tinggi atau rendah,+ kamu tidak boleh bersikap berat sebelah.+ Semasa menghakimi, janganlah takut terhadap sesiapa pun+ kerana kamu bertindak sebagai wakil Tuhan.+ Jika timbul perkara yang terlalu sukar bagi kamu, serahkanlah perkara itu kepadaku, dan aku akan mengadilinya.’+
-