PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 2:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Pada hari-hari terakhir,

      Gunung tempat Rumah Yehuwa

      Akan berdiri teguh dan menjadi lebih tinggi daripada puncak gunung yang lain+

      Serta menjadi lebih tinggi daripada semua bukit.

      Orang daripada segala bangsa akan berduyun-duyun ke sana.+

       3 Banyak bangsa akan datang dan berkata,

      “Marilah kita naik ke gunung Yehuwa

      Dan ke Rumah Tuhan Yakub.+

      Dia akan mengajar kita haluan-Nya,

      Dan kita akan mengikut jalan-Nya.”+

      Hukum* akan keluar dari Sion,

      Dan firman Yehuwa akan keluar dari Yerusalem.+

  • Zakharia 14:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Aku, Yehuwa, akan menjadi Raja yang berkuasa atas seluruh bumi.+ Pada hari itu, semua orang akan menyembah Aku, Yehuwa, sahaja+ dan mereka akan memuji nama-Ku sahaja.+

  • Wahyu 7:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Selepas itu, aku nampak kumpulan besar manusia yang jumlahnya tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun. Mereka datang daripada semua bangsa, suku, kaum, dan bahasa.+ Mereka berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Bebiri dengan memakai jubah putih+ sambil memegang pelepah palma di dalam tangan mereka.+ 10 Mereka terus berseru dengan suara yang lantang, “Penyelamatan datang daripada Tuhan kita yang duduk di atas takhta+ dan daripada Anak Bebiri.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi