PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 17:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Negeri yang sedang engkau tinggal sebagai orang asing ini akan Aku berikan kepadamu dan keturunanmu.+ Seluruh negeri Kanaan akan sentiasa menjadi milik keturunanmu, dan Aku akan menjadi Tuhan mereka.”+

  • Kejadian 23:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Aku ini orang asing yang menetap bersama kamu.+ Izinkanlah aku membeli sebidang tanah di negeri kamu supaya aku dapat mengebumikan isteriku.”

  • 1 Tawarikh 16:19-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Pada waktu itu, bilangan mereka tidak banyak,

      Ya, bilangan mereka amat sedikit, dan mereka tinggal di situ sebagai orang asing.+

      20 Mereka mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain,

      Dan dari sebuah kerajaan ke kerajaan yang lain.+

      21 Tuhan tidak membenarkan sesiapa pun untuk menindas mereka,+

      Dan demi mereka, Dia menegur raja-raja.+

      22 Dia berfirman, ‘Jangan sentuh umat pilihan-Ku,

      Dan jangan berbuat jahat terhadap nabi-nabi-Ku.’+

  • Kisah 7:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Maka dia pun meninggalkan tanah Kasdim dan tinggal di Haran. Selepas bapanya meninggal,+ Tuhan memimpin dia untuk pindah ke negeri ini yang kini kamu diami.+ 5 Tetapi Tuhan tidak mewariskan setapak tanah pun daripada negeri ini kepada Abraham. Namun demikian, Tuhan berjanji akan memberikan negeri ini kepada Abraham untuk menjadi hak miliknya dan keturunannya,+ walaupun Abraham tidak mempunyai anak pada masa itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi