-
Kejadian 15:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Kemudian Tuhan berfirman kepada Abram, “Ketahuilah bahawa keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain. Mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama 400 tahun.+ 14 Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu.+ Kemudian, keturunanmu akan meninggalkan negeri itu sambil membawa banyak harta benda.+
-
-
Keluaran 3:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Setiap wanita mesti meminta barang perak dan emas serta pakaian daripada jiran dan wanita asing yang tinggal di rumahnya. Kamu akan mengenakan semua itu pada anak-anak kamu. Demikianlah kamu akan menjarah harta orang Mesir.”+
-
-
Keluaran 12:35, 36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 Orang Israel melakukan apa yang diperintahkan oleh Musa. Mereka meminta barang perak dan emas serta pakaian daripada orang Mesir.+ 36 Yehuwa menyebabkan orang Israel dihormati oleh orang Mesir sehingga orang Mesir memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Demikianlah mereka menjarah harta orang Mesir.+
-