-
Kejadian 15:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Kemudian Tuhan berfirman kepada Abram, “Ketahuilah bahawa keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain. Mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama 400 tahun.+ 14 Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu.+ Kemudian, keturunanmu akan meninggalkan negeri itu sambil membawa banyak harta benda.+
-
-
Ulangan 9:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Yehuwa membenarkan kamu menduduki tanah itu bukan kerana kamu baik atau melakukan apa yang benar. Tetapi Yehuwa telah mengusir bangsa-bangsa itu dari hadapan kamu kerana mereka jahat,+ dan kerana Dia ingin menepati perjanjian yang telah dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu, iaitu Abraham,+ Ishak,+ dan Yakub.+
-