-
Kisah 1:16-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 “Saudara-saudara, kata-kata yang diucapkan oleh kuasa suci Tuhan melalui Daud perlu berlaku. Dia bercakap tentang Yudas,+ yang mengetuai sekumpulan orang untuk menangkap Yesus.+ 17 Yudas dahulunya salah seorang daripada kita+ dan dia telah berkhidmat bersama kita. 18 (Lelaki ini membeli sebidang tanah dengan upah yang diterimanya kerana melakukan apa yang salah.+ Dia jatuh terjunam dan perutnya terbelah lalu isi perutnya terburai.+ 19 Hal ini diketahui semua penduduk Yerusalem, dan itulah sebabnya tanah tersebut dipanggil Akeldama dalam bahasa mereka, yang bererti “Tanah Darah.”) 20 Ada tertulis dalam buku Mazmur, ‘Biarlah kediamannya terlantar, dan jangan biarkan tempat itu didiami orang,’+ dan, ‘Biarlah orang lain mengambil alih tugasnya sebagai penyelia.’+
-