-
Lukas 20:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Tetapi Yesus memandang mereka dan berkata, “Jika begitu, apakah maksud ayat ini: ‘Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan telah menjadi batu penjuru yang utama’?+
-
-
Kisah 4:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Yesuslah yang dimaksudkan oleh ayat ini: ‘Hai para pembina bangunan, batu yang tidak kamu pedulikan telah menjadi batu penjuru yang utama.’+
-
-
1 Korintus 3:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Hal ini demikian kerana tidak ada orang yang dapat meletakkan asas yang lain untuk menggantikan asas yang sedia ada, iaitu Yesus Kristus.+
-
-
1 Petrus 2:4-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Dia ialah batu yang hidup, yang dibuang oleh manusia,+ tetapi dia dipilih oleh Tuhan dan berharga bagi-Nya.+ Semasa kamu datang kepadanya, 5 kamu yang merupakan batu-batu hidup sedang dibina untuk menjadi sebuah rumah rohani,+ supaya kamu menjadi imam-imam yang suci. Dengan demikian kamu dapat mempersembahkan korban rohani+ yang diperkenankan Tuhan melalui Yesus Kristus.+ 6 Ada tertulis dalam Ayat-Ayat Suci, “Lihatlah! Aku meletakkan sebuah batu yang terpilih di Sion. Batu itu ialah batu penjuru utama yang berharga. Sesiapa yang menaruh iman kepadanya tidak akan kecewa* sama sekali.”+
7 Oleh itu, dia berharga bagi kamu kerana kamu percaya. Tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “batu yang dibuang oleh para pembina bangunan+ telah menjadi batu penjuru yang utama”+
-