PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 21:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Mereka membawa kedua-dua ekor keldai itu dan meletakkan jubah luar mereka di atas keldai-keldai tersebut. Yesus pun duduk di atasnya.+ 8 Ramai orang membentangkan jubah luar mereka di atas jalan,+ yang lain pula memotong pelepah-pelepah pokok lalu menyelerakkannya di atas jalan. 9 Orang ramai yang berjalan di hadapan dan belakangnya berseru-seru, “Moga Tuhan menyelamatkan Anak Daud!+ Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!*+ Moga Tuhan yang di syurga menyelamatkannya!”+

  • Matius 23:39
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Mulai sekarang kamu tidak akan melihat aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!’”*+

  • Markus 11:7-10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Mereka membawa anak keldai itu+ kepada Yesus, dan meletakkan jubah luar mereka di atas anak keldai itu.+ Yesus pun duduk di atasnya. 8 Ramai orang membentangkan jubah luar mereka di atas jalan, yang lain pula memotong pelepah-pelepah pokok dari tepi jalan.+ 9 Mereka yang berjalan di hadapan dan belakangnya berseru-seru, “Moga Tuhan menyelamatkan dia!+ Diberkatilah dia yang datang atas nama Yehuwa!*+ 10 Diberkatilah Kerajaan yang akan datang, Kerajaan Daud,+ bapa kami! Moga Tuhan yang di syurga menyelamatkan dia!”*

  • Lukas 19:37, 38
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 37 Sebaik sahaja Yesus menghampiri jalan yang menurun dari Gunung Zaitun, semua muridnya mula bersukacita. Dengan suara yang lantang, mereka memuji Tuhan atas semua mukjizat yang disaksikan oleh mereka. 38 Mereka berkata, “Diberkatilah Raja yang datang atas nama Yehuwa!* Moga syurga damai dan kemuliaan diberikan kepada Tuhan yang ada di tempat tertinggi!”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi