-
Yosua 2:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Dia berkata, “Aku tahu Yehuwa pasti akan memberi kamu negeri ini.+ Kamu telah menyebabkan kami dicengkam rasa takut,+ dan semua penduduk negeri ini sudah lemah semangat kerana kamu.+ 10 Kami mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Laut Merah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir.+ Kami juga mendengar bahawa kamu telah menghapuskan Sihon+ dan Og,+ iaitu dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan.
-
-
Nehemia 6:15, 16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Demikianlah tembok itu siap dibina pada hari ke-25 bulan Elul,* iaitu dalam masa 52 hari.
16 Sebaik sahaja musuh-musuh kami mendengar tentang hal ini dan semua bangsa di sekeliling kami menyaksikannya dengan mata mereka sendiri, mereka berasa sangat malu.+ Mereka sedar bahawa kerja pembinaan kami dilakukan dengan pertolongan Tuhan.
-