PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Nehemia 4:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Kemudian Nehemia berkata, “Ya Tuhan, dengarlah doa kami kerana mereka telah menghina kami!+ Biarlah hinaan mereka itu menimpa diri mereka sendiri.+ Biarlah mereka menjadi seperti barang rampasan lalu dibawa ke negeri lain sebagai tawanan.

  • Nehemia 6:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Demikianlah tembok itu siap dibina pada hari ke-25 bulan Elul,* iaitu dalam masa 52 hari.

      16 Sebaik sahaja musuh-musuh kami mendengar tentang hal ini dan semua bangsa di sekeliling kami menyaksikannya dengan mata mereka sendiri, mereka berasa sangat malu.+ Mereka sedar bahawa kerja pembinaan kami dilakukan dengan pertolongan Tuhan.

  • Ester 6:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Haman menceritakan segala yang telah berlaku kepada isterinya Zeres+ dan kawan-kawannya. Maka para penasihatnya dan isterinya berkata, “Mordekhai ialah orang Yahudi. Jika sekarang pun kamu sudah tewas kepada dia, kamu pasti tidak dapat mengalahkannya. Kamu pasti akan tumpas di tangannya.”

  • Ester 9:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Orang Yahudi menyerang semua musuh mereka dengan pedang dan membinasakan mereka. Ya, mereka membunuh semua musuh mereka. Orang Yahudi memperlakukan orang yang membenci mereka dengan sesuka hati.+

  • Mazmur 137:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Ya Yehuwa, ingatlah

      Kata-kata orang Edom ketika Yerusalem ditawan:

      “Robohkanlah kota itu! Robohkannya sampai ke dasarnya!”+

  • Zakharia 12:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Pada masa itu, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang mencuba mengangkatnya akan cedera parah.+ Semua bangsa di bumi akan berkumpul untuk menyerang Yerusalem.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi