-
1 Raja-Raja 8:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Ya Yehuwa, Tuhan orang Israel, tunaikanlah juga janji ini, iaitu janji yang telah Engkau ucapkan kepada bapaku Daud semasa Engkau berfirman, ‘Jika keturunanmu memperhatikan jalan hidup mereka dan menyembah Aku, seperti yang engkau lakukan, salah seorang daripada mereka akan sentiasa berada di hadirat-Ku dan duduk di atas takhta Israel.’+
-
-
Yesaya 9:7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;
Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+
Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.
Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannya
Berdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+
Dari sekarang hingga selama-lamanya.
Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.
-
-
Yeremia 33:20, 21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku telah membuat perjanjian dengan siang dan malam supaya siang dan malam selalu datang tepat pada waktunya. Tetapi andai kata kamu dapat membatalkan perjanjian ini,+ 21 maka perjanjian yang Aku buat dengan hamba-Ku Daud juga dapat dibatalkan.+ Jika begitu, keturunan Daud tidak akan menjadi raja dan duduk di atas takhtanya,+ dan perjanjian-Ku dengan hamba-hamba-Ku, iaitu para imam daripada keturunan Lewi, juga akan dibatalkan.+
-
-
Matius 9:27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Kemudian Yesus beredar dari situ. Dalam perjalanan, dua orang buta+ mula mengikutnya. Mereka berseru, “Kasihanilah kami, hai Anak Daud.”
-
-
Kisah 2:30, 31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Daud seorang nabi, dan dia tahu bahawa Tuhan telah berjanji dan bersumpah kepadanya bahawa salah seorang daripada keturunannya akan duduk di atas takhtanya.+ Oleh itu, 31 awal-awal lagi Daud sudah mengetahui dan bercakap tentang pembangkitan Kristus. Dia berkata bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan Kristus di Kuburan* dan tubuhnya tidak akan reput.+
-
-
Kisah 13:22, 23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Setelah Tuhan menyingkirkan Saul, Dia memilih Daud sebagai raja.+ Mengenai Daud, Tuhan memberikan kesaksian dengan berfirman, ‘Aku telah menemui Daud anak Isai.+ Dia ialah seorang lelaki yang menyenangkan hati-Ku.+ Dia akan melakukan segala kehendak-Ku.’ 23 Sesuai dengan janji-Nya, Tuhan telah memberi bangsa Israel seorang penyelamat daripada keturunan Daud, iaitu Yesus.+
-