36 Aku akan memberikan satu suku Israel kepada anak lelakinya agar hamba-Ku Daud sentiasa mempunyai seorang keturunan yang memerintah* di hadapan-Ku di Yerusalem,+ kota yang Aku pilih untuk menempatkan nama-Ku di sana.
4 Tetapi demi Daud,+ Yehuwa, Tuhan yang disembahnya, telah mengizinkan keturunannya untuk memerintah* di Yerusalem.+ Tuhan telah melantik anaknya sebagai raja dan mengizinkan Yerusalem untuk terus wujud.
7 Tetapi Yehuwa tidak ingin memusnahkan keturunan Daud. Hal ini demikian kerana Dia telah membuat perjanjian dengan Daud+ dan berjanji bahawa Daud akan sentiasa mempunyai seorang keturunan yang menjadi raja.*+