PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 14:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Musa menghulurkan tangannya ke atas laut,+ dan Yehuwa menyebabkan angin timur yang kencang bertiup sepanjang malam. Maka secara perlahan-lahan, air laut mula terbelah+ dan dasar laut pun menjadi kering.+

  • Bilangan 11:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Kemudian Yehuwa menyebabkan angin kencang bertiup dari laut. Angin itu membawa burung-burung puyuh ke kawasan perkhemahan.+ Burung-burung itu bertimbun-timbun di sekeliling perkhemahan sehingga hampir satu meter* tingginya.* Jika orang keluar dari perkhemahan dan membuat perjalanan selama sehari pun, mereka masih dapat menjumpai burung puyuh.

  • Yeremia 10:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Apabila Dia melantangkan suara-Nya,

      Dia membuat air di langit bergelora,+

      Dia menyebabkan awan* naik dari hujung bumi;+

      Dia membuat kilat terpancar semasa hujan turun;*

      Dia memerintahkan angin keluar dari gudang-Nya.+

  • Yeremia 51:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Apabila Dia melantangkan suara-Nya,

      Dia membuat air di langit bergelora,

      Dia menyebabkan awan* naik dari hujung bumi;

      Dia membuat kilat terpancar semasa hujan turun;*

      Dia memerintahkan angin keluar dari gudang-Nya.+

  • Yunus 1:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Kemudian Yehuwa membuat angin kencang bertiup di laut lalu terjadilah ribut dahsyat yang menyebabkan kapal itu hampir hancur.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi