-
Keluaran 30:34-36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Ambillah minyak damar, kulit lokan, minyak raksamala, dan kemenyan putih yang tulen. Semua bahan harum ini mestilah sama banyaknya.+ 35 Campurkanlah semua bahan ini untuk membuat kemenyan,+ sebagaimana seorang tukang yang mahir akan mencampurkannya, lalu tambahkanlah garam+ ke dalamnya. Campuran yang harum ini ialah sesuatu yang murni dan suci. 36 Tumbuklah sebahagian daripada campuran ini sehingga menjadi serbuk yang halus. Kemudian, ambillah sedikit serbuk itu lalu letakkannya di dalam khemah pertemuan, iaitu di depan tabut, tempat Aku akan menampakkan diri kepadamu. Kamu harus menganggap kemenyan ini sebagai sesuatu yang sangat suci.
-