PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 8:66
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 66 Pada hari berikutnya,* raja menyuruh semua orang pulang. Mereka memberkati raja dan pulang ke rumah dengan sukacita dan dengan hati yang gembira kerana mereka telah melihat segala berkat+ yang dicurahkan oleh Yehuwa kepada hamba-Nya Daud dan umat-Nya Israel.

  • Mazmur 13:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Aku akan bernyanyi kepada-Mu, ya Yehuwa, kerana Engkau telah memberkati aku dengan berlimpah-limpah.*+

  • Mazmur 31:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Ya Tuhan, kebaikan-Mu begitu melimpah!+

      Engkau menyediakan banyak berkat untuk orang yang takut kepada-Mu;+

      Di hadapan semua orang, Engkau menunjukkan kebaikan-Mu demi orang yang berlindung kepada-Mu.+

  • Yesaya 63:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Aku akan menceritakan perbuatan Yehuwa yang mencerminkan kasih setia-Nya,

      Dan mengisahkan perbuatan Yehuwa yang patut dipuji,

      Kerana Yehuwa telah melakukan banyak perkara bagi kita.+

      Dia telah melakukan banyak perkara yang baik bagi orang Israel,

      Kerana Dia berbelas kasihan dan mempunyai kasih setia yang besar.

  • Yeremia 31:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Mereka akan datang dan berseru dengan gembira di atas Gunung Sion.+

      Mereka akan berseri-seri kerana kebaikan* Yehuwa,

      Kerana bijirin, wain baharu,+ dan minyak,

      Dan kerana biri-biri, kambing, dan lembu yang muda.+

      Mereka akan menjadi seperti taman yang cukup airnya,+

      Dan mereka tidak akan merana lagi.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi