-
Matius 27:41-43Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Dalam cara yang sama, para ketua imam, jurutulis hukum, dan pemimpin orang Yahudi mula mentertawakannya dan berkata,+ 42 “Dia menyelamatkan orang lain tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Jika dia Raja orang Israel,+ biarlah dia turun dari tiang seksaan* sekarang dan kita akan percaya kepadanya. 43 Dia percaya kepada Tuhan. Oleh itu, jika Tuhan berkenan kepadanya, biarlah Tuhan menyelamatkannya,+ kerana dia berkata, ‘Aku Anak Tuhan.’”+
-
-
Lukas 23:35, 36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 Orang ramai berdiri dan melihat apa yang berlaku. Tetapi para pemimpin mentertawakannya dan berkata, “Dia menyelamatkan orang lain. Jadi jika dia ialah Kristus yang dipilih oleh Tuhan, biarlah dia menyelamatkan dirinya sendiri.”+ 36 Bahkan askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekatinya lalu memberinya wain masam+
-