PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 7:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Hal ini demikian kerana Yehuwa telah menyebabkan orang Siria mendengar bunyi seolah-olah satu pasukan tentera yang besar telah datang untuk menyerang mereka dengan kuda dan kereta kuda.+ Oleh itu, mereka berkata kepada satu sama lain, “Lihatlah! Raja Israel telah mengupah raja-raja orang Het dan raja-raja orang Mesir untuk menyerang kita!” 7 Maka, pada waktu itu juga mereka melarikan diri dan meninggalkan khemah, kuda, dan keldai mereka. Ya, mereka meninggalkan seluruh perkhemahan itu untuk menyelamatkan diri.

  • Mazmur 20:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Ada orang bergantung pada kereta kuda mereka, yang lain pula pada kuda mereka,+

      Tetapi kita akan menyeru nama Yehuwa, Tuhan kita.+

  • Amsal 21:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Kuda disediakan untuk hari peperangan,+

      Tetapi Yehuwalah yang memberikan penyelamatan.+

  • Yesaya 31:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Malanglah mereka yang pergi ke Mesir untuk meminta bantuan!+

      Mereka bergantung pada kuda,+

      Berharap kepada kuda perang* yang kuat,

      Dan menaruh keyakinan kepada kereta kuda yang banyak.

      Mereka tidak bersandar pada Tuhan Israel Yang Suci;

      Mereka tidak mencari Yehuwa.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi