-
Kisah 4:25-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Dengan kuasa suci-Mu, Engkau pernah berfirman melalui mulut nenek moyang kami, iaitu Daud,+ hamba-Mu, ‘Mengapakah bangsa-bangsa menjadi resah? Mengapakah penduduk di tempat lain merenungkan perkara yang sia-sia? 26 Raja-raja di bumi bersiap sedia untuk berperang, dan para penguasa bersatu untuk melawan Yehuwa* dan orang yang diurapi-Nya.’+ 27 Demikianlah, Herodes dan Pontius Pilatus+ berkumpul di kota ini bersama dengan orang daripada bangsa lain dan orang Israel untuk melawan Yesus, hamba suci-Mu yang telah Engkau urapi.+ 28 Mereka semua berkumpul untuk melakukan apa yang telah Engkau tentukan terlebih dahulu. Perkara ini berlaku kerana Engkau mempunyai kuasa dan kerana hal itu selaras dengan kehendak-Mu.+
-