-
Amsal 14:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Wanita yang benar-benar bijak membina rumah tangganya,+
Tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya dengan tangannya sendiri.
-
-
1 Timotius 5:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Seorang balu patut dimasukkan ke dalam senarai orang yang memerlukan bantuan jika dia berumur lebih daripada 60 tahun, merupakan isteri kepada seorang suami sahaja, 10 dan dikenali kerana perbuatan baiknya,+ contohnya dia membesarkan anak-anak dengan baik,+ selalu menyambut orang dengan ramah,+ mencuci kaki umat suci Tuhan,+ membantu orang yang menderita,+ dan mengabdikan dirinya untuk melakukan setiap perbuatan yang baik.
-
-
Titus 2:3-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Demikian juga, hendaklah wanita yang lebih tua berkelakuan sebagai orang yang suci. Mereka tidak patut memfitnah orang lain atau menjadi hamba kepada banyak wain, dan mereka haruslah mengajarkan apa yang baik. 4 Dengan demikian mereka dapat menasihati* wanita yang lebih muda agar mengasihi suami dan anak-anak sendiri, 5 berfikiran sihat, menjadi suri rumah yang baik, berkelakuan baik dan murni, dan taat kepada suami.+ Dengan itu orang lain tidak akan mencaci firman Tuhan.
-