-
Ester 1:10-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Pada hari ketujuh, raja minum sehingga dia berasa sangat gembira. Maka dia memanggil tujuh orang pegawai istana yang juga berkhidmat sebagai pelayan peribadinya, iaitu Mehuman, Bizta, Harbona,+ Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas. Dia menyuruh mereka 11 membawa Permaisuri Wasti kepadanya dengan memakai mahkota* diraja. Permaisuri cantik sekali, dan raja ingin menunjukkan kecantikannya kepada orang ramai dan kepada para pembesarnya. 12 Tetapi Permaisuri Wasti berkali-kali mengingkari perintah raja yang disampaikan melalui pegawai-pegawai istana itu. Oleh itu, raja sangat marah, dan kemurkaannya berkobar-kobar.
-