-
Amsal 7:14-21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 “Aku telah mempersembahkan korban pendamaian hari ini,+
Dan aku sudah menunaikan ikrarku.
15 Itulah sebabnya aku keluar untuk berjumpa denganmu.
Aku mencari-carimu dan akhirnya aku menemuimu!
16 Aku sudah memasang cadar yang cantik di katilku.
Cadar itu dibuat daripada kain linen yang berwarna-warni dari Mesir.+
17 Aku telah mengharumkan katilku dengan mur, gaharu, dan kayu manis.+
18 Marilah kita memuaskan dahaga cinta kita sehingga pagi;
Marilah kita menikmati asmara bersama-sama,
19 Kerana suamiku tiada di rumah;
Dia telah pergi ke tempat yang jauh.
20 Dia membawa sekantung wang bersamanya,
Dan dia tidak akan pulang sehingga bulan purnama.”
21 Perempuan itu memperdayakan pemuda itu dengan pujukan.+
Dia menggoda pemuda itu dengan kata-kata yang memikat hati.
-