PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 33:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian Esau berkata, “Mari kita bersiap sedia untuk berangkat. Aku akan berjalan di depan kamu.” 13 Yakub menjawab, “Tuan tahu bahawa anak-anak ini masih kecil,+ dan aku harus menjaga biri-biri dan lembu yang sedang menyusui anak. Jika perjalanan kami terlalu cepat, walaupun untuk sehari, seluruh kawanan itu akan mati. 14 Tuan berjalanlah terlebih dahulu. Hamba akan mengadakan perjalanan dengan perlahan-lahan bersama dengan ternakan dan anak-anak hamba, sehingga hamba sampai di tempat tuanku di Seir.”+

  • Keluaran 23:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Bekerjalah untuk enam hari, tetapi pada hari ketujuh, kamu tidak boleh bekerja. Dengan itu, lembu, keldai, dan hamba kamu, serta orang asing dalam kalangan kamu dapat berehat.+

  • Ulangan 22:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Jika kamu nampak keldai atau lembu saudaramu terjatuh di jalan, jangan pergi begitu sahaja. Kamu mesti membantu saudaramu membangunkan binatang itu semula.+

  • Ulangan 22:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Kamu tidak boleh pasangkan seekor lembu dengan seekor keldai pada satu bajak.+

  • Ulangan 25:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Jangan menutup mulut lembu dengan berangus semasa lembu itu sedang mengirik biji-bijian.+

  • Yunus 4:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Maka, tidak patutkah Aku berasa kasihan terhadap Niniwe, kota besar itu?+ Ada banyak binatang di kota itu dan ada lebih daripada 120,000 orang di kota itu yang tidak tahu membezakan apa yang benar daripada apa yang salah.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi