-
2 Samuel 15:32-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Apabila Daud tiba di puncak gunung, iaitu tempat orang sujud menyembah Tuhan, dia disambut oleh Husai,+ orang Arki.+ Pakaian Husai sudah koyak rabak dan kepalanya ditaburi dengan tanah. 33 Daud berkata kepadanya, “Jika kamu mengikut beta, kamu tidak akan dapat membantu beta. 34 Tetapi kembalilah ke kota dan katakanlah kepada Absalom, ‘Tuanku, aku ialah hambamu. Dahulu aku ialah hamba bapamu, tetapi sekarang aku akan menjadi hambamu.’+ Dengan demikian, kamu dapat menolong beta menggagalkan rancangan* Ahitofel.+
-