-
2 Samuel 14:28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Absalom tinggal di Yerusalem selama dua tahun. Sepanjang masa itu, dia tidak berjumpa dengan raja.+
-
-
Kisah 15:37-39Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Barnabas berkeras hendak membawa Yohanes, yang juga dipanggil Markus,+ 38 tetapi Paulus berpendapat bahawa mereka tidak patut membawa Yohanes, kerana dia telah meninggalkan mereka semasa di Pamfilia dan tidak menjalankan tugas bersama-sama mereka.+ 39 Maka tercetuslah pertengkaran yang sengit antara Paulus dengan Barnabas,+ lalu mereka berpisah. Barnabas membawa Markus dan belayar ke Siprus.
-