-
2 Samuel 20:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Yoab bertanya kepada Amasa, “Apa khabar, saudaraku?” Kemudian dia memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya seolah-olah dia ingin mencium Amasa. 10 Amasa tidak memperhatikan pedang yang dipegang oleh Yoab, lalu Yoab menikam perut Amasa dengan pedang itu,+ sehingga usus Amasa terburai ke tanah. Dia tidak perlu menikam Amasa buat kali kedua kerana satu tikaman sudah cukup untuk membunuhnya. Selepas itu, Yoab dan abangnya Abisai terus mengejar Syeba anak Bikri.
-