PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 25:6-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Semasa orang Israel meratap di pintu masuk khemah pertemuan, seorang lelaki Israel membawa seorang perempuan Midian+ ke kawasan perkhemahan. Dia berbuat demikian di hadapan Musa dan segenap umat Israel. 7 Apabila Pinehas+ anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, melihat mereka, dia segera bangun dan meninggalkan segenap umat yang berkumpul. Dia mengambil sebatang tombak 8 dan mengejar lelaki itu sampai ke dalam khemah, lalu dia menikam kedua-dua orang itu dengan tombaknya. Dia menusukkan tombak itu pada bahagian perut* perempuan tersebut. Dengan itu, wabak yang sedang membinasakan orang Israel pun berhenti.+

  • 1 Samuel 15:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Kemudian Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai Yehuwa: Mempersembahkan korban bakar+ atau mentaati-Nya? Sememangnya mentaati Yehuwa lebih baik daripada mempersembahkan korban, dan mendengar dengan teliti lebih baik daripada mempersembahkan lemak bebiri jantan;+ 23 pemberontakan+ sama jahatnya dengan ilmu ramal,+ dan kesombongan* sama seperti menggunakan ilmu sihir dan penyembahan berhala.* Oleh sebab tuanku menolak perintah Yehuwa,+ Dia pun menolak tuanku sebagai raja.”+

  • Efesus 5:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Jangan lagi ikut serta dalam kerja yang tidak berguna, dan yang berkaitan dengan kegelapan.+ Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi